Sejarah Penubuhan


Kelab Sukan & Rekreasi Melayu Pulau Pinang (KSRMPP) telah ditubuhkan pada 7 Disember 2007 dengan No. Siri 2360/07/PPG. Penubuhan KSRMPP bertujuan sebagai pelopor dan penggerak penglibatan masyarakat Melayu Pulau Pinang dalam bidang sukan & rekreasi di samping mencungkil bakat-bakat muda anak melayu dalam bidang sukan.

Idea asal penubuhan kelab ini adalah hasil ilham Encik Tajuddin Bin Dato' Zachariah yang juga merupakan tokoh yang giat dalam sukan bolasepak Pulau Pinang.Setelah mendapat sokongan dari pelbagai pihak, idea ini akhirnya berjaya direalisasikan.