Hasrat Kelab

  1. Menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Persatuan-Persatuan dalam Negeri Pulau Pinang, negara dan antarabangsa.
  2. Menarik seberapa ramai anak-anak muda (tidak kira keturunan & bangsa) untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan dan riadah anjuran KSRMPP
  3. Melahirkan ahli-ahli sukan yang cemerlang yang dapat mewakili negeri Pulau Pinang dan juga negara serta menanam semangat jati diri ke dalam jiwa mereka agar berbangga dengan pasukan yang mereka wakili
  4. Mengadakan kemudahan-kemudahan sukan & rekreasi yang boleh dibanggakan oleh orang-orang Melayu Pulau Pinang umumnya
  5. Memainkan peranan sebagai keluarga angkat serta membantu atlet-atlet Melayu yang kurang berkemampuan serta mencari penaja untuk mereka
  6. Menjadi pelengkap kepada persatuan-persatuan sukan dalam negeri Pulau Pinang dalam usaha mengcungkil bakat-bakat atlet muda yang berpotensi tinggi dalam bidang sukan
  7. Mengadakan program-program pembangunan sukan & rekreasi
  8. Menyahut seruan kerajaan untuk membentuk rakyat Malaysia yang berdisiplin, sihat dan berfikiran positif melalui aktiviti-aktiviti sukan & rekreasi
  9. Melahirkan modal insan yang berguna, berkualiti & bertanggungjawab
  10. Menanam nilai-nilai murni dalam jiwa anak muda dan masyarakat untuk terus berpegang teguh pada kelima-lima prinsip Rukun Negara
  11. Memupuk semangat cinta dan sedia berkorban untuk Agama, Bangsa, dan Negara